Khamis, 29 November 2012

Jenis-jenis Alatan Tangan 8 - 15

  1. Pita Pengukur Untuk kerja mengukur  : Saiz biasa digunakan ialah 3 m - 6 m. Pita dapat dikeluarkan dan dimasukkan semula ke perumahnya. Pengunci digunakan untuk mengunci pita.
  2. Pembaris Keluli Mengukur jarak         : Memindahkan ukuran. Menanda garisan lurus. Menguji kerataan kayu. Diperbuat daripada logam tidak berkarat. Saiz lazim ialah 300 mm.
  3.  Gergaji Tangan                                  : Untuk mengerat dan membelah kayu. Saiz ditentukan mengikut panjang bilahnya. Bilangan gigi setiap 25 mm 
  4. Gergaji Puting                                    :Memotong kayu yang bersaiz kecil. Juga untuk memotong tanggam. Jalur logam di bahagian atas adalah untuk meluruskan dan menguatkan bilah gergaji.
  5. Tukul Kuku Kambing                        :Menukul dan mencabut paku. Saiz ditentukan oleh berat kepalanya. 
  6. Gandin Kayu                                    : Digunakan untuk memukul alatan berhulu kayu seperti pahat tepi serong. Juga mengetuk bahagian projek ketika pemasangan. Saiz ditentukan oleh saiz kepalanya. Diperbuat daripada kayu keras.
  7. Tolok Penanda                                 : Menanda ukuran tebal dan lebar kayu. Bahagian taji digunakan untuk menanda permukaan kayu. Badannya boleh digerakkan sepanjang batang.
  8. Tolok Serong                                    :Untuk menguji atau menanda sudut yang bukan 90 0 . Bilahnya boleh dilaraskan mengikut sudut yang dikehendaki. Skru pelaras berfungsi untuk mengetatkan bilah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan